Skip to main content

Dunia

Syarikat Malaysia minta maaf, akui terlepas pandang kurma dari Israel

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat Malaysia minta maaf, akui terlepas pandang kurma dari Israel
Diterbitkan : 15 Mar 2024 08:32AM Dikemas Kini : 15 Mar 2024 08:40AM
KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia pengimport, pemborong, peruncit dan pengedar produk organik dan semula jadi, Matahari Sdn Bhd mengeluarkan permohonan maaf kepada rakan kongsi dan pelanggan mereka susulan rampasan produk kurma dari Israel.

Dalam satu kenyataan pada Khamis (14 Mac), Matahari memaklumkan produk berkenaan diterima daripada pembekal mereka di Greece, namun mengakui terlepas pandang berhubung asal usul produk itu semasa proses pelabelan, lapor Astro Awani.

Jelas syarikat itu, kekhilafan tersebut hanya disedari apabila ia menjadi perbualan di media sosial dan tindakan segera diambil bagi menarik balik semula produk tersebut dari pasaran.

"Kami ingin menyatakan bahawa Matahari tidak pernah secara sedar atau sengaja memesan produk atau menjalankan sebarang perniagaan dengan Israel, dan tidak pernah melanggar sebarang peraturan.

"Kami berkongsi kebimbangan sesama rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Islam, dan ingin mengesahkan bahawa kami tidak menyokong Israel dalam apa cara sekalipun," jelas kenyataan itu, seperti dilaporkan Astro Awani.

Matahari juga menjelaskan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa, selain menyemak proses pembekalan bagi mengelakkan kesilapan sama berlaku pada masa hadapan.

Pada Rabu (13 Mac), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 73 pek buah kurma disyaki produk dari Israel dalam satu serbuan di sebuah gudang penyimpanan makanan di Pelabuhan Klang, dengan label 'Organic Jumbo Medjool Dates' dipercayai dibawa masuk secara pukal dan dibungkus semula untuk dijual di pasaran tempatan.


 
Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita