Syarikat Jepun tarik diri dari projek HSR KL-SG
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Bernama
KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat Jepun mengambil keputusan untuk menarik diri daripada projek Kereta Api Laju (HSR) yang akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura, lapor agensi berita Kyodo News pada Khamis (11 Jan).
Memetik beberapa sumber kerajaan Jepun dan Malaysia, serta syarikat privet yang terlibat, laporan itu menyebut, penarikan diri daripada projek tersebut adalah kerana ia mempunyai risiko yang besar kerana tiada jaminan kewangan dari pihak kerajaan Malaysia.
Antara syarikat yang terbabit, termasuk East Japan Railway Co, sebelum ini menzahirkan harapan agar dapat mengguna sistem kereta api peluru Shinkansen dalam projek HSR tersebut, lapor Astro Awani.
Dengan penarikan diri syarikat tersebut, pembangunan HSR bakal memberi ruang yang lebih luas kepada syarikat China untuk memperkukuhkan lagi tapak mereka dalam pembinaan infrastruktur di Asia Timur.
Ini selepas mereka selesai membina laluan kereta api laju di Indonesia, dan kini sedang membida untuk projek yang sama di Thailand.
Menurut laporan media sebelum ini, 15 Januari adalah tarikh akhir untuk syarikat yang berminat membuat bidaan, di mana prosesnya sudah dimulakan kerajaan Malaysia pada Julai 2023.
Menurut laporan Astro Awani, projek tersebut dikatakan akan menelan belanja sekitar RM100 bilion (S$28 bilion), namun kerajaan Malaysia berhasrat untuk memberi laluan kepada pembiayaan kewangan, berbanding menyediakan jaminan kerajaan atau memanjangkan jaminan hutang.
Dengan pengunduran syarikat Jepun itu, sumber tersebut memberitahu bahawa beberapa syarikat tempatan akan berganding bahu dengan syarikat China dan Eropah untuk membuat bidaan.
Malaysia dan Singapura sebelum ini memeterai perjanjian awal pada 2013, yang akan merangkumi pembinaan laluan kereta api laju sejauh 350 kilometer.
Ia mampu memendekkan jarak perjalanan antara kedua-dua bandar raya tersebut kepada 90 minit, berbanding empat jam menggunakan kereta.
Pada 2021, Mantan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Muhyiddin Yassin, membatalkan projek tersebut susulan beban kewangan yang dihadapi kerajaan Malaysia.
Namun, Perdana Menteri Malaysia ketika ini, Anwar Ibrahim, memulakan kembali projek tersebut.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.