Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syarikat jelaskan 'Pork Meat Test' bukan untuk kesan DNA babi

Sebuah syarikat yang mengeluarkan produk 'Pork Meat Test' jenama Rapidtest menegaskan bahawa ia bukan berfungsi untuk mengesan DNA babi seperti mesej yang tersebar luas baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat jelaskan 'Pork Meat Test' bukan untuk kesan DNA babi

Iftitah Solutions (M) Sdn Bhd tegaskan bahawaproduknya sekadar mekanisme saringan untuk mengesan unsur protein babi. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 08 Feb 2019 09:25AM Dikemas Kini : 08 Feb 2019 09:28AM

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat yang mengeluarkan produk 'Pork Meat Test' jenama Rapidtest menegaskan bahawa ia bukan berfungsi untuk mengesan DNA babi seperti mesej yang tersebar luas baru-baru ini.

Syarikat Iftitah Solutions (M) Sdn Bhd sebelum ini didakwa mengedarkan kit pengesan kandungan DNA babi dalam makanan yang boleh diketahui keputusannya dalam masa hanya 10 minit.

Namun, syarikat tersebut menegaskan bahawa ia sebaliknya hanya sekadar mekanisme saringan berasaskan prinsip immunokromatografi iaitu ikatan antigen antibodi yang digunakan untuk mengesan unsur protein babi.

"Kami ingin menjelaskan bahawa Pork Meat Test adalah alat yang sesuai digunakan oleh pengguna sebagai mekanisme saringan terhadap produk yang diragui selain amat berguna kepada pelancong luar negara.

“Ujian yang dilakukan lebih kepada usaha individu meningkatkan keyakinan mereka terhadap sesuatu produk yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang mekanisme ujian yang dapat dijalankan sendiri," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Syukor Othman.

Beliau turut menegaskan bahawa keputusan ujian itu hanyalah untuk menentukan kehadiran unsur protein babi dan bukan penentuan halal dan haram sesuatu produk.

“Kami berpendirian bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah badan berautoriti untuk menentukan status halal atau haram dan Jabatan Kimia Malaysia adalah pihak yang perlu dirujuk dalam penentuan kandungan dalam sesuatu produk," katanya.

Jakim selanjutnya menjelaskan, hanya keputusan oleh makmal Jabatan Kimia Malaysia boleh dijadikan bukti bagi mana-mana kes pengesanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk makanan. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan