Syarikat induk Facebook, Meta umum rancangan pecat ribuan pekerja
(Gambar: Kirill Kudryavtsev/AFP)
WASHINGTON: Konglomerat teknologi Amerika Syarikat (AS), Meta Platforms Inc - dikenali sebagai Facebook Inc sebelum ini, merancang untuk memulakan pemberhentian pekerja secara besar-besaran minggu ini, menurut Sputnik yang menukil laporan media tempatan.
"Pemberhentian kerja berskala besar" itu berkemungkinan adalah pusingan pemberhentian pekerja yang terbesar dan menjejas "ribuan" orang, lapor The Wall Street Journal pada Ahad (6 Nov), memetik sumber yang mempunyai maklumat tentang perkata itu. Namun, jumlah tepat berapa ramai orang yang akan diberhentikan daripada lebih 87,000 pekerja Meta tidak pula dinyatakan.
Beberapa sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa pengumuman mengenai pemberhentian kerja itu dijangka dibuat pada Rabu (9 Nov) dan para pegawai syarikat sudahpun memberitahu kakitangan Meta untuk membatalkan sebarang perjalanan tidak penting mulai minggu ini.
Menurut laporan The New York Times pada Ahad (6 nov), pemberhentian pekerja itu dijangka bermula pada hujung minggu ini. Ia menyatakan Ketua Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, sebelum ini berkata saiz syarikat itu mungkin akan menguncup menjelang hujung 2023.
Usahawan dan hartawan AS Elon Musk, yang baru saja memerolehi Twitter, pada awal minggu ini mengatakan syarikat tersebut kini tiada pilihan lain selain memecat pekerja kerana ia sedang mengalami kerugian. Lima pekerja memfailkan tuntutan mahkamah melalui perwakilan secara kolektif terhadap syarikat media sosial itu pada Khamis (3 Nov) kerana didakwa gagal memberikan notis mencukupi mengenai pemecatan besar-besaran menyusuli pemerolehan Encik Musk.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.