Syarikat India henti pengeluaran ubat batuk susuli kematian 18 kanak-kanak di Uzbekistan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock)
NEW DELHI: Marion Biotech iaitu syarikat farmaseutikal di India memaklumkan pihaknya sudah menghentikan pengeluaran ubat batuk susulan kematian 18 kanak-kanak di Uzbekistan.
"Kami kesal dengan kematian itu. Pemerintah sedang menjalankan siasatan. Kami akan mengambil tindakan berdasarkan laporan itu."
“Sampel telah dikumpulkan dan penghasilan produk itu telah dihentikan setakat ini," media tempatan memetik wakil syarikat sebagai berkata.
Kementerian Kesihatan Uzbekistan sebelum ini memaklumkan sekurang-kurangnya 18 kanak-kanak maut selepas mengambil ubat batuk yang dikeluarkan Marion Biotech Pvt Ltd.
Menurut laporan, ubat itu mengandungi ethylene glycol dalam jumlah yang tidak sepatutnya.
Pihak berkuasa Uzbekistan menjelaskan kanak-kanak berkenaan diberi ubat batuk jenama Dok-1 Max.
“Kesemua kanak-kanak yang meninggal dunia dilaporkan mengambil ubat berkenaan di rumah selama dua hingga tujuh hari, dengan kekerapan tiga hingga empat kali sehari, dengan sukatan 2.5 hingga lima milliliter (ml), melebihi dos untuk kanak-kanak,” menurut kenyataan kementerian bertarikh 27 Disember.
Ini merupakan insiden kedua melibatkan syarikat farmaseutikal India dalam tempoh kurang tiga bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Oktober mengeluarkan amaran global membabitkan empat ubat pediatrik yang dihasilkan Maiden Pharmaceuticals Ltd susulan kematian 70 kanak-kanak di Gambia.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.