Skip to main content

Dunia

Syarikat gergasi kelapa sawit M'sia IOI berdepan tuduhan aniaya buruh dalam laporan baru

Pekerja di syarikat kelapa sawit Malaysia IOI Corp dianiaya oleh pengurus, hidup dalam keadaan daif dan membayar yuran pengambilan kerja yang tinggi, menurut laporan yang akan diterbitkan pada Rabu (29 Jun) oleh kumpulan hak asasi manusia, Finnwatch.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat gergasi kelapa sawit M'sia IOI berdepan tuduhan aniaya buruh dalam laporan baru

(Gambar fail: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 29 Jun 2021 09:27PM Dikemas Kini : 29 Jun 2021 09:42PM

KUALA LUMPUR: Pekerja di syarikat kelapa sawit Malaysia IOI Corp dianiaya oleh pengurus, hidup dalam keadaan daif dan membayar yuran pengambilan kerja yang tinggi, menurut laporan yang akan diterbitkan pada Rabu (29 Jun) oleh kumpulan hak asasi manusia, Finnwatch.

IOI menyatakan pihaknya akan mengulas tentang laporan tersebut setelah ia dikeluarkan kepada umum dan merujukkan Reuters kepada mekanisme "mengesan rungutan" di lamannya di mana syarikat itu menangani aduan khusus yang dikemukakan oleh Finnwatch.

IOI menghadapi tuduhan itu beberapa hari setelah mengumumkan pihaknya akan membantu dalam sebarang siasatan setelah Perlindungan Kastam dan Sempadan(CBP) Amerika Syarikat menyatakan dalam surat kepada seorang aktivis bahawa ia sedang menyiasat firma itu atas tuduhan buruh paksa.

Siasatan Amerika Syarikat yang serupa pada masa lalu menyebabkan beberapa syarikat Malaysia, termasuk dua pengeluar minyak sawit, dilarang menjual produk mereka di Amerika Syarikat.

Finnwatch yang berpangkalan di Helsinki telah menjejaki keadaan kerja di IOI sejak 2014.

Badan itu menyatakan ia mendapati pekerja ladang IOI dari India membayar sehingga 45,000 rupee (AS$606 atau S$816) untuk diambil kerja, tinggal dalam keadaan perumahan yang teruk dan tidak diberi salinan kontrak kerja mereka. Badan itu juga mengkritik dasar gaji syarikat tersebut.

"Kes ini juga mengetengahkan kelemahan serius dan berterusan dalam dasar pengambilan kerja dan gaji IOI Group yang lebih luas, dan komitmen untuk menghormati hak asasi manusia," kata Finnwatch dalam laporan itu.

Dapatan itu hasil siasatan oleh Finnwatch di sebuah estet IOI di Pahang. Ia membuka siasatan setelah menerima aduan daripada seorang saudara kepada pekerja IOI.

IOI menyatakan ia telah menggantung pengambilan pekerja dari agensi pengambilan pekerja di India setelah Finnwatch menyatakan pekerja terpaksa membayar yuran tinggi untuk mendapatkan pekerjaan. IOI menyatakan bahawa yuran yang dibayar oleh pekerjanya diambil secara haram oleh pelaku yang tidak dikenali, tidak dapat disahkan dan berada di luar bidang kuasa firma.

Malaysia, adalah pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia dan bergantung kepada pekerja hijrahan untuk menghasilkan minyak yang boleh dimakan dan terdapat dalam pelbagai produk termasuk makanan dan bahan bakar.

CBP AS telah mengharamkan tiga syarikat Malaysia tahun lalu, termasuk pengeluar minyak sawit FGV Holdings dan Sime Darby Plantations, kerana didakwa mengamalkan buruh paksa termasuk keadaan kerja dan kehidupan yang melanggar undang-undang.

Kedua-dua syarikat itu telah melantik juruaudit untuk menilai amalan kerja dan menyatakan pihak mereka akan bekerjasama dengan agensi tersebut untuk menangani masalah yang dikenal pasti.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita