Skip to main content

Dunia

Syarikat Finnair mula timbang berat penumpang sebelum naik pesawat

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat Finnair mula timbang berat penumpang sebelum naik pesawat

Gambar: Shutterstock

Diterbitkan : 09 Feb 2024 06:01PM
HELSINKI: Sebuah syarikat penerbangan di Finland mula menimbang berat badan penumpang bersama bagasi tangan dalam usaha untuk menganggarkan berat pesawat sebelum berangkat, lapor portal berita MailOnline pada Jumaat (7 Feb).

Langkah kontroversi itu diumumkan Finnair, yang mula menimbang berat penumpang pada Isnin lalu.

“Setakat ini, lebih 500 sukarelawan mengambil bahagian untuk menimbang berat badan mereka,” kata jurucakap Finnair, Kaisa Tikkanen.

Syarikat itu dalam satu kenyataan mendedahkan, pihaknya mengira berat pesawat dan penumpang untuk mengimbangi penerbangan serta membuat transit yang selamat.

“Hanya ejen perkhidmatan pelanggan bekerja di tempat penimbang boleh melihat berat badan penumpang. Justeru, anda boleh mengambil bahagian dalam kajian pelopor ini dengan tenang,” kata Ketua Proses Darat Finnair, Satu Munnukka.

Prosedur tersebut akan dilakukan sepanjang bulan ini, April dan Mei 2024 berdasarkan sistem sukarela. Namun, tidak dijelaskan alasan mengapa langkah itu tidak dilaksanakan pada bulan Mac.

Langkah itu menerima kritikan pengguna media sosial dengan ada yang berpendapat bahawa ia akan memalukan penumpang yang memiliki berat badan berlebihan.

Sebilangan individu turut menyatakan bahawa mereka tidak akan menaiki penerbangan Finnair kerana enggan dimalukan oleh peraturan tersebut.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita