Skip to main content

Dunia

Syarikat China BYD buka kilang EV di Thailand, pertama seumpamanya di Asia Tenggara

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat China BYD buka kilang EV di Thailand, pertama seumpamanya di Asia Tenggara

Gambar fail: Lillian SUWANRUMPHA/AFP

RAYONG: Syarikat pembuat kenderaan China, BYD membuka kilang kenderaan elektrik EV di Thailand pada Khamis (4 Jul).

Terletak di wilayah Rayong, ia adalah kilang pertama syarikat BYD di Asia Tenggara.

BYD adalah pembuat kenderaan EV terbesar di dunia dan kilangnya di Thailand yang bernilai AS$ 490 juta (S$662 juta) itu berupaya menghasilkan 150,000 kenderaan setahun.

Kilang BYD itu adalah sebahagian daripada pelaburan berjumlah lebih AS$1.44 bilion (S$1.95 bilion) oleh syarikat-syarikat pembuat kenderaan elektrik China yang menubuhkan kilang di Thailand.

Thailand memang merupakan hab pemasangan dan eksport kenderaan di rantau ini.

Sejak sekian lama, sektor itu dikuasai oleh syarikat-syarikat pembuat kereta Jepun.
 
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita