Skip to main content

Dunia

Syarikat asing tanpa ibu pejabat di Saudi perlu buat pilihan kontrak kerajaan pada 2024

Syarikat-syarikat antarabangsa yang mahu menyertai peluang pelaburan kerajaan Saudi "perlu membuat pilihan" dan membangunkan ibu pejabat serantau di negara itu menjelang 2024 atau mereka tidak akan diberikan kontrak kerajaan, menurut menteri kewangan Saudi kepada Reuters pada Isnin (15 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat asing tanpa ibu pejabat di Saudi perlu buat pilihan kontrak kerajaan pada 2024

Kawasan perniagaan Arab Saudi. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 16 Feb 2021 09:06AM Dikemas Kini : 16 Feb 2021 09:12AM

LONDON: Syarikat-syarikat antarabangsa yang mahu menyertai peluang pelaburan kerajaan Saudi "perlu membuat pilihan" dan membangunkan ibu pejabat serantau di negara itu menjelang 2024 atau mereka tidak akan diberikan kontrak kerajaan, menurut menteri kewangan Saudi kepada Reuters pada Isnin (15 Feb).

Arab Saudi, ekonomi terbesar rantau itu dan pengeksport minyak terbesar dunia, merancang untuk henti memberikan kontrak kepada syarikat-syarikat dan institusi komersil yang tidak mempunyai ibu pejabat serantau di negara itu.

Langkah itu bertujuan menggalakkan syarikat-syarikat antarabangsa supaya mempunyai kehadiran tetap di negara itu yang akan membantu menjana pekerjaan untuk warga tempatan.

Mereka bagaimanapun bebas untuk bekerja dengan sektor swasta.

"Jika sebuah syarikat enggan memindahkan ibu pejabat mereka ke Arab Saudi, ia tentunya hak mereka dan mereka akan terus menikmati kebebasan untuk bekerja dengan sektor swasta di Arab Saudi," kata Encik Mohammed al-Jadaan menerusi panggilan telefon.

"Namun selagi ia berkaitan dengan kontrak kerajaan, mereka perlu membangunkan ibu pejabat serantau di sini."

Beliau menambah bahawa beberapa sektor akan dikecualikan daripada keputusan itu, dan peraturan lebih terperinci akan dikeluarkan sebelum penghujung 2021.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita