Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syarikat anti-dron S'pura henti perniagaan di Myanmar berikutan rampasan kuasa

Sebuah syarikat Singapura yang pernah menjual produk anti-dron kepada polis Myanmar menghentikan perniagaannya di negara itu dan membatalkan satu perjanjian dengan lapangan terbang utamanya menyusuli rampasan kuasa tentera, kata seorang pegawai syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat anti-dron S'pura henti perniagaan di Myanmar berikutan rampasan kuasa

Polis menggunakan lastik semasa mengambil tindakan ke atas para penunjuk perasaan pada 15 Feb 2021. (Gambar: AP Photo)

Diterbitkan : 19 Feb 2021 10:59PM Dikemas Kini : 19 Feb 2021 11:03PM

SINGAPURA: Sebuah syarikat Singapura yang pernah menjual produk anti-dron kepada polis Myanmar menghentikan perniagaannya di negara itu dan membatalkan satu perjanjian dengan lapangan terbang utamanya menyusuli rampasan kuasa tentera, kata seorang pegawai syarikat.

TRD Consulting adalah antara sekitar 12 syarikat di Singapura, sumber pelaburan terbesar Myanmar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang menjadi sasaran aktivis kerana berurus niaga dengan negara itu.

Rampasan kuasa tentera pada 1 Februari dan penahanan ratusan orang, termasuk pemimpin dipilih Cik Aung San Suu Kyi, telah mencetuskan sekatan antarabangsa dan bantahan besar-besaran.

"Kami tidak mempunyai rancangan untuk membekalkan produk anti-dron ke Myanmar hingga sebuah masyarakat yang sah di sisi undang-undang ditubuhkan," kata Pengarah Urusan Sam Ong melalui emel. "Kami akan mengkaji semula penjualan masa depan dengan sewajarnya."

Beliau berkata syarikat itu dalam proses menjual produk anti-dron ke Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, tetapi perjanjian itu telah dibatalkan. Beliau menambah, syarikat itu juga tidak akan menjual kepada tentera Myanmar.

TRD telah menjual kepada polis Myanmar pengganggu isyarat dron Orion-7, yang memintas isyarat perhubungan dron untuk memaksanya mendarat. Encik Ong berkata bahawa alat itu tiada kesan ke atas manusia.

Beberapa penunjuk perasaan telah menggesa Singapura agar mengambil tindakan tegas terhadap pihak junta dan mengancam untuk memboikot jenama Singapura yang popular seperti bir Tiger dan rangkaian kafe Ya Kun Kaya Toast.

Menteri Ewal Luar Vivian Balakrishnan pada Selasa berkata bahawa Singapura menentang sekatan meluas ke atas Myanmar dan tidak akan campur tangan dalam keputusan perniagaan syarikat-syarikat berkaitan dengan negara itu.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan