Skip to main content

Dunia

Syarikat aiskrim Magnum akan guna AI buat produk baharu

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat aiskrim Magnum akan guna AI buat produk baharu

Perdana Menteri Britain Keir Starmer berikrar akan menjadikan negaranya sebagai “kuasa besar” dalam bidang kecerdasan buatan (AI). (Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 23 Sep 2025 09:44AM Dikemas Kini : 23 Sep 2025 09:45AM
NEW YORK: Perniagaan aiskrim Magnum milik Unilever, yang akan disenaraikan secara awam pada bulan November, merancang untuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) syarikat permulaan Chile, NotCo, untuk mengubah resipi produk dan mencipta produk baharu.

Magnum merancang untuk menggunakan AI NotCo untuk mengkaji kalori dalam aiskrim, membuat produk berasaskan tumbuhan baharu dan membantu menguruskan peningkatan kos komoditi, kata Zbigniew Lewicki, ketua pegawai penyelidikan, reka bentuk dan inovasi di Syarikat Aiskrim Magnum, dalam satu kenyataan.

Encik Lewicki berkata pengguna mahukan kepuasan tetapi juga mencari hidangan yang lebih kecil dan produk yang lebih mampan.

Magnum, yang juga merangkumi jenama aiskrim Ben & Jerry's dan Cornetto, adalah salah satu daripada lebih 12 syarikat barangan pengguna yang bekerjasama dengan NotCo untuk mengubah produk mereka, kata Ketua Pegawai Eksekutif Matias Muchnick.

Sepanjang beberapa tahun lalu, pengeluar makanan utama sudah menggunakan AI syarikat itu untuk cuba bertindak balas dengan lebih cepat kepada perubahan cita rasa pengguna yang diilhamkan oleh gerakan "Make America Healthy Again" dan lonjakan inflasi dalam bahan mentah seperti koko, kata Encik Muchnick.

Syarikat-syarikat itu menggunakan teknologi NotCo untuk mencari pengganti pewarna sintetik, mengurangkan gula dan mencari perisa viral seterusnya, seperti coklat Dubai, kata Muchnick.

NotCo sebelum ini bekerjasama dengan Kraft Heinz dalam makaroni dan keju berasaskan tumbuhan, kepingan keju dan mayonis.
Sumber : Agensi berita/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita