Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syarat pemakaian pelitup di M'sia mungkin dilonggarkan seawal Jun

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Pemakaian pelitup dianggap masih relevan dan prosedur operasi standard (SOP) itu masih wajar diwajibkan walaupun Malaysia sudah memasuki fasa peralihan endemik, lapor Astro AWANI. 

Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin bagaimanapun menjangkakan tempoh pemakaian pelitup mungkin dilonggarkan selepas Hari Raya Aidilfitri, atau seawal Jun ini.

Jelas beliau, jangkaan tersebut bersandarkan kepada penunjuk risiko penularan jangkitan COVID-19 semasa dalam negara tersebut. 

"Kalau kita dapat lihat jumlah kes harian menunjukkan penurunan yang ketara bagi majoriti negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

"(Penurunan kes) semuanya ke arah dua hingga tiga angka kecuali Selangor yang kita nampak masih lagi bertungkus-lumus di jumlah empat angka. 

"Selain itu, peratus vaksinasi juga telah menghampiri 100 peratus, dan ini juga merupakan data yang amat baik untuk menyokong kelonggaran pemakaian pelitup. Kalau dapat lihat program vaksinasi kanak-kanak juga amat baik.

"Cuma beberapa perkara seperti pengambilan dos penggalak nampaknya kurang menggalakkan dan juga varian-varian dan sub varian Omicron yang baru seperti varian XE yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat (22 Apr). 

Mengulas lanjut, Shamsul Bahari berkata setakat ini Kementerian Kesihatan (KKM) sudah pun memberikan sembilan kelonggaran pemakaian pelitup termasuk aktiviti sukan dan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, lapor Astro AWANI. 

Pun begitu jelas beliau, apa yang diharapkan oleh kebanyakan masyarakat adalah kebenaran secara penuh terhadap SOP tersebut.

Namun, keputusan untuk melonggarkan pemakaian pelitup, tegasnya, tidak boleh dibuat dengan hanya membuat perbandingan dengan negara-negara lain.

"Saya dimaklumkan India sudah pun menarik kembali kelonggaran pelitup akibat ada gelombang baru jangkitan. Ini yang pihak KKM perlu pandang serius untuk tidak tergopoh-gapah dalam memberi satu-satu kelonggaran.

"Selain daripada pemakaian pelitup, perkara lain yang perlu juga untuk dipertimbangkan oleh KKM ialah imbasan kod QR... itu juga boleh disertakan dengan pelitup sebagai satu kelonggaran. Seperti saya maklumkan tadi, kita ingin lihat setiap negeri sekurang-kurangnya mencapai dua atau tiga angka," ujarnya.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan