Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Syafinaz Selamat ajar qari, qariah teknik pernafasan, raih pujian warga siber

Anggaran Waktu Membaca:
MALAYSIA: Syafinaz Selamat, namanya begitu dikenali sebagai guru vokal dan juri program realiti televisyen, juga merupakan seorang penyanyi yang berbakat.

Baru-baru ini, tular beberapa video berkenaan Syafinaz mengajar teknik pernafasan yang betul dalam satu kelas tarannum menarik perhatian umum, lapor Keluarga MY.

Menerusi video tersebut, selebriti dan juga pensyarah muzik ini begitu bersungguh-sungguh mengajar dan berkongsi ilmunya.

Melalui video tersebut, kita juga dapat dengar bacaan tarannum daripada Ustazah Aisyah Baain itu lebih baik selepas mengikut saranan teknik pernafasan daripada Syafinaz.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang tampil memuji serta meluahkan rasa kagum dengan Syafinaz, seperti dipetik Keluarga MY.

Selain pujian, ada juga yang mendoakan agar Syafinaz mendapat pahala yang berganda-ganda kerana membantu para qari dan qariah.

Kebiasaannya kita melihat Syafinaz menjadi juri dalam sesebuah pertandingan, sememangnya ramai tidak menyangka Syafinaz yang juga pensyarah muzik itu turut mengajar qari dan qariah.

 
Sumber : Sumber Web/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan