Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Switzerland bakal hapuskan 10 juta dos vaksin COVID-19 Moderna

Anggaran Waktu Membaca:
Switzerland bakal hapuskan 10 juta dos vaksin COVID-19 Moderna

(Gambar: Justin Sullivan/Getty Images/AFP)

GENEVA: Switzerland perlu menghapuskan 10.3 juta dos vaksin COVID-19 Moderna selepas ia melepasi tarikh luput minggu ini, menurut Kementerian Kesihatan negarab itu pada Sabtu (24 Sep).

Kementerian itu menyatakan ia tidak ada pilihan selain menghapuskan dos vaksin berkenaan Rabu lalu (21 Sep), menurut Keystone-ATS.

Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada agensi berita tersebut bahawa dos vaksin berkenaan disimpan di pangkalan logistik tentera Switzerland dan 7.8 juta berada di depot simpanan luar di Belgium.

Kementerian itu mengesahkan laporan awal laman agensi berita Beobachter bahawa dos vaksin yang bakal dihapuskan bernilai sekitar 280 juta franc Swiss (S$407 juta).

Kementerian Kesihatan tidak menjawab dengan segera permintaan AFP untuk memberikan ulasan dan menarik perhatian kepada strategi perolehan vaksin awal mereka dalam perlumbaan untuk membangunkan vaksin demi memerangi pandemik COVID-19 global.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan