Sweden putus tidak beri vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak 5-12 tahun
(Gambar: AFP)
STOCKHOLM: Sweden memutuskan untuk tidak mengesyorkan agar vaksin COVID-19 diberi kan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun, menurut Agensi Kesihatan negara itu pada Khamis (27 Jan) dengan alasan faedah vaksin tidak melebihi risiko.
"Dengan pengetahuan yang sedia ada sekarang ini, kanak-kanak mempunyai risiko rendah terhadap penyakit serius, lantas kami tidak nampak adanya faedah yang diperolehi selepas memberikan mereka suntikan vaksin," kata pegawai Agensi Kesihatan, Britta Bjorkholm dalam satu sidang media.
Beliau menambah keputusan itu akan disemak semula jika kajian berubah atau ada varian baru yang mengubah pandemik koronavirus. Kanak-kanak dalam kumpulan berisiko tinggi sudah boleh mendapatkan suntikan vaksin mereka.
Sweden mencatatkan lebih 40,000 kes baru pada 26 Jan, salah satu jangkitan harian tertinggi semasa pandemik walaupun ujian koronavirus terhad.
Pada Khamis, 101 pesakit COVID-19 memerlukan rawatan rapi, jauh lebih rendah daripada 400 pesakit sewaktu musim bunga 2021. Secara keseluruhannya, hampir 16,000 meninggal dunia disebabkan COVID-19 di Sweden sejak mulanya pandemik.
Pemerintah Sweden pada Rabu melanjutkan perintah sekatan selama dua minggu tetapi berharap untuk menarik balik lagkah itu pada 9 Feb.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.