Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sweden gantung penggunaan vaksin COVID-19 Moderna bagi kumpulan usia muda

Sweden akan menghentikan sementara penggunaan vaksin Moderna COVID-19 bagi individu yang dilahirkan pada 1991 dan selepas itu, menyusuli laporan-laporan tentang kemungkinan timbul kesan sampingan yang jarang berlaku, seperti miokarditis, menurut agensi kesihatan Sweden pada Rabu (6 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Sweden gantung penggunaan vaksin COVID-19 Moderna bagi kumpulan usia muda

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 06 Oct 2021 11:55PM Dikemas Kini : 06 Oct 2021 11:56PM

STOCKHOLM: Sweden akan menghentikan sementara penggunaan vaksin Moderna COVID-19 bagi individu yang dilahirkan pada 1991 dan selepas itu, menyusuli laporan-laporan tentang kemungkinan timbul kesan sampingan yang jarang berlaku, seperti miokarditis, menurut agensi kesihatan Sweden pada Rabu (6 Okt).

Agensi kesihatan itu menyatakan data menunjukkan kenaikan kes miokarditis dan perikarditis dalam kalangan belia dan dewasa muda yang sudah divaksin.

"Hubungannya sangat jelas bagi vaksin Moderna Spikevax, terutama setelah dos kedua," menurut satu kenyataannya, sambil menambah bahawa risiko yang terjejas sangat kecil.

Agensi kesihatan itu menyatakan ia kini sebaliknya mengesyorkan vaksin Comirnaty dari Pfizer/Biontech. Mereka yang dilahirkan pada 1991 atau tahun-tahun selepas itu yang sudah menerima suntikan pertama Moderna, iaitu sekitar 81,000 orang, tidak akan mendapat dos kedua Moderna, tambahnya.

Awal minggu ini agensi kesihatan Sweden menyatakan individu berusia 12 hingga 15 tahun hanya akan mendapat vaksin Pfizer/Biontech.

Agensi Ubat-Ubatan Eropah meluluskan penggunaan Comirnaty pada Mei, sementara Spikevax diluluskan bagi kanak-kanak berusia lebih 12 tahun pada Julai.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan