Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sweden, Finland serah permohonan sertai NATO

Anggaran Waktu Membaca:

STOCKHOLM: Sweden dan Finland akan bersama-sama mengemukakan permohonan menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Rabu (18 Mei), kata Perdana Menteri Sweden Magdalena Andersson pada Selasa (17 Mei).

Keanggotaan NATO itu akan mengukuhkan keselamatan di Sweden dan di rantau Laut Baltik, lapor agensi berita Xinhua.

Mengemukakan permohonan bersama Finland "bermakna kita dapat menyumbang kepada keselamatan di utara Eropah”.

“Keselamatan di kedua-dua negara berkait rapat, dan kerjasama erat amat penting.

"Permohonan kami menyertai NATO adalah isyarat bahawa kami bersatu demi masa depan,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri oleh Presiden Finland Sauli Niinisto.

Menteri Luar Sweden Ann Linde menandatangani permohonan keahlian NATO negara itu pada pagi Selasa.

Sementara itu, Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin berkata, Moscow akan bertindak balas jika NATO menggunakan infrastruktur ketenteraan di wilayah Finland atau Sweden.

Presiden Niinisto mengadakan lawatan ke Sweden dari Selasa hingga Rabu.

PM Andersson dan PM Niinisto kemudian dijadual bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden di Washington pada Khamis, menurut pemerintah Sweden.

Sumber : Bernama/AW/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan