Sweden akan perketat peraturan kemasukan warga asing susuli insiden bakar Quran
Anggaran Waktu Membaca:

Seorang pelampau ditangkap kerana membakar naskhah al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Sweden. (Gambar fail: Reuters)
GENEVA: Pemerintah Sweden mengumumkan pada Ahad (2 Jul) bahawa ia akan menghalang individu yang "cuba datang ke Sweden dan melakukan jenayah" menyusuli insiden membakar Al-Quran di Stockholm minggu lalu.
"Pada Mei tahun ini, pemerintah memutuskan untuk memperkenalkan semula kawalan sempadan. Kami jelas tentang sebab-sebabnya: terutamanya peningkatan ancaman terhadap Sweden yang dikaitkan dengan peristiwa seperti demonstrasi sebelum ini yang menyaksikan Al- Quran dibakar," lapor Anadolu yang memetik kenyataan Kementerian Luar Sweden.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Kehakiman telah diberi taklimat bagaimana polis Sweden mengatur kawalan di sempadan, berdasarkan peristiwa yang berkaitan dengan membakar kitab suci umat Islam itu pada Rabu (28 Jul).
Semasa bantahan yang mendapat kebenaran pihak berkuasa Sweden, seorang lelaki berusia 37 tahun yang berasal dari Iraq yang dikatakan mempunyai hubungan dengan militia Syiah, dilaporkan mengoyak dan membakar naskhah Al-Quran ketika umat Islam menyambut Aidiladha.
Insiden itu berlaku di luar sebuah masjid di bahagian tengah Stockholm dan mendapat kecaman meluas dari seluruh dunia, termasuk pihak berkuasa Iran.
"Di Sweden, kebebasan bersuara mendapat perlindungan yang kuat. Tetapi ini tidak bermakna pemerintah menyokong setiap pendapat yang disuarakan. Perhimpunan awam yang mendapat kebenaran juga boleh menjadi polarisasi dan menyinggung perasaan.
"...Demonstrasi itu juga memberikan kesan yang serius terhadap keselamatan dan ketenteraman dalaman Sweden.
"Berdasarkan pengalaman kami, kedua-dua individu yang memulakan demonstrasi seperti ini dan individu yang bersedia untuk menggunakan keganasan melampau selalunya mereka ini datang dari negara lain," menurut kementerian yang menjadikan kes warga Iran itu sebagai contoh.
Encik Momika hanya mempunyai permit untuk tinggal sementara di Sweden.
Polis mempunyai hak untuk menghalang sebarang individu daripada memasuki Sweden jika mereka mengancam kepentingan awam.
"Penting untuk kita mempunyai kawalan sempadan yang berkesan," menurut kementerian itu.
Pada Ahad, Kementerian Luar Sweden turut menghantar kenyataan bertulis kepada stesen televisyen SVT.
"Pemerintah Sweden memahami bahawa tindakan Islamofobia yang dilakukan individu semasa demonstrasi baru-baru ini mungkin menyinggung perasaan umat Islam," menurut kenyataan itu.
Kementerian tersebut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu dan perbuatan berkenaan tidak mencerminkan pendirian pemerintah Sweden dalam apa cara sekalipun.
Selain itu, kementerian tersebut turut menyifatkan perbuatan membakar Al-Quran dan kitab suci lain sebagai satu tindakan provokasi.
"Perkauman, xenofobia dan sikap tidak bertoleransi yang berkaitan tidak mempunyai tempat di Sweden atau Eropah," menurut kementerian tersebut.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.