Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Swatch nafi dakwaan Kementerian Dalam Negeri M'sia; tegas jam tangan tidak tertera huruf 'LFBTQ'

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Swatch Malaysia menolak kenyataan menteri bahawa jam tangan mereka yang dirampas kerajaan Malaysia awal bulan ini tertera tulisan 'LGBTQ', lapor Malaysiakini. 

Syarikat jam terkemuka dunia itu sebaliknya menjelaskan tulisan 'LGBTQ' hanya tertera pada jam yang dirampas pada tahun sebelumnya.

“Berkaitan dengan berita yang baru diterbitkan yang menyatakan bahawa semua jam tangan Swatch yang dirampas mempunyai perkataan 'LGBTQ', Swatch Malaysia tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. 

“Jam tangan yang berkaitan adalah daripada koleksi tahun ini dan tidak mempunyai perkataan 'LGBTQ' di permukaan jarum, tali atau kesnya. 

“Satu-satunya jam tangan yang dirampas dengan perkataan 'LGBTQ' adalah daripada koleksi tahun lepas,” katanya dalam kenyataan ringkas pada Selasa (30 Mei).

Pada Isnin (29 Mei), Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution berkata huruf 'LGBTQ' jelas tertera di atas permukaan jarum jam tangan Swatch yang dirampas oleh kementeriannya awal bulan ini.

Katanya, jam tangan serupa turut tidak dijual di negara Islam seperti Amiriah Arab Bersatu (UAE) disebabkan sensitiviti agama.

Penafian Swatch pada Selasa adalah yang kedua selepas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch Nick Hayek berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang mempertahankan rampasan itu, "tersalah maklumat".

Serbuan terhadap kedai Swatch kerana mempamerkan koleksi jam warna-warni Pride dibuat di seluruh negara pada 13 Mei dan 14 Mei lalu.

Warna-warni pelangi melambangkan pergerakan LGBT dan menyokong hak golongan itu.

Swatch merancang untuk mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula jam tangan tersebut, lapor akhbar Switzerland Tages-Anzeiger.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan