Skip to main content

Dunia

Suu Kyi bertemu Presiden Halimah & PM Lee di Istana; lawatan bermatlamat capai perjanjian pelaburan dua Hala

Cik Aung San Suu Kyi bertemu dengan Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Istana hari ini (21 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Aug 2018 06:28PM Dikemas Kini : 21 Aug 2018 09:30PM

SINGAPURA: Cik Aung San Suu Kyi bertemu dengan Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Istana hari ini (21 Ogos).

Hari ini merupakan hari ketiga lawatan empat hari Cik Suu Kyi ke Singapura.

Lawatan Cik Suu Kyi ini dibuat ketika kedua-dua negara sedang berusaha mencapai Perjanjian Pelaburan Dua Hala pada suku keempat tahun ini.

Singapura adalah pelabur kedua terbesar di Myanmar, dengan jumlah pelaburan bernilai AS$18.6 bilion (S$25 bilion) pada 2017.

Singapura juga merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Myanmar.

Myanmar pula adalah penerima bantuan teknikal kedua terbesar daripada Singapura, dengan lebih 14,000 pegawai Myanmar sudahpun menjalani program latihan di Singapura.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita