Skip to main content

Dunia

Suu Kyi bakal pertahan Myanmar di ICJ

Bekas ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi dijangka akan mencipta sejarah dalam dunia perundangan apabila mempertahankan Myanmar di The Hague minggu ini, atas tuduhan penghapusan kaum yang didakwa dilakukan pemerintah terhadap etnik minoriti Muslim Rohingya.

Anggaran Waktu Membaca:
Suu Kyi bakal pertahan Myanmar di ICJ

Cik Aung San Suu Kyi. (Gambar: AFP/Manan Vatsyayana)

Diterbitkan : 09 Dec 2019 12:09PM Dikemas Kini : 09 Dec 2019 12:12PM

THE HAGUE: Bekas ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi dijangka akan mencipta sejarah dalam dunia perundangan apabila mempertahankan Myanmar di The Hague minggu ini, atas tuduhan penghapusan kaum yang didakwa dilakukan pemerintah terhadap etnik minoriti Muslim Rohingya.

Negara kecil di benua Afrika, Gambia yang mewakili 57 negara Muktamad Islam (OIC) akan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk mengambil pendekatan tegas untuk menghentikan pembunuhan kaum secara berterusan oleh Myanmar.

Namun dalam satu tindakan luar biasa, pejabat pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu berkata bahawa beliau akan mengetuai sebuah pasukan ke mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) itu yang berpangkalan di Belanda.

Menurut pakar undang-undang, Cik Suu Kyi akan menjadi antara pemimpin negara pertama untuk tampil secara peribadi di tribunal berkenaan, sejak ia ditubuhkan pada 1946 selepas Perang Dunia Kedua untuk menghuraikan sebarang pertikaian antara negara.

Rancangannya untuk tampil di perbicaraan selama tiga hari bermula Selasa itu amat "tidak dijangkakan dan bukan sesuatu yang bijak", kata penolong profesor jurusan undang-undang antarabangsa di Universiti Leiden, Cik Cecily Rose.

“Tiada negara pernah menghantar pemimpin politik untuk mengetuai pasukan guaman di ICJ," katanya.

Walaupun memiliki latar belakang pendidikan yang "mengagumkan termasuk berkelulusan dari Universiti Oxford, beliau tidak memiliki sebarang kelayakan dalam bidang undang-undang dan akan hilang arah di mahkamah nanti,” katanya.

PERTAHANKAN KEPENTINGAN MYANMAR

Kira-kira 740,000 orang Rohingya terpaksa melarikan diri ke Bangladesh selepas tentera Myanmar melancarkan ofensif keras besar-besaran pada 2017, yang disifatkan PBB sebagai satu penghapuskan kaum.

Kes itu adalah percubaan pertama dari sudut undang-undang untuk mengheret Myanmar ke muka pengadilan menyusuli krisis berkenaan, dan satu contoh jarang berlaku yang membabitkan tindakan saman ke atas negara lain.

Gambia, sebuah negara dengan penduduk majoriti Islam mendakwa Myanmar melanggar Konvesyen Genosid PBB 1948.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita