Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suspek tembakan rambang Colorado didakwa; isu kawalan senjata api tarik perhatian sekali lagi

Seorang lelaki berusia 21 tahun didakwa pada Selasa (23 Mac) kerana menembak 10 orang di sebuah kedai serbaneka di Colorado, sedang Amerika Syarikat digemparkan dengan kejadian kedua tembakan beramai-ramai dalam tempoh kurang seminggu.

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek tembakan rambang Colorado didakwa; isu kawalan senjata api tarik perhatian sekali lagi

Pegawai polis berkawal di luar tempat kejadian berlakunya tembakan di Boulder, Colorado, AS pada 22 Mac 2021 (Gambar: AFP/Jason Connolly)

Diterbitkan : 24 Mar 2021 10:53AM Dikemas Kini : 24 Mar 2021 10:58AM

BOULDER: Seorang lelaki berusia 21 tahun didakwa pada Selasa (23 Mac) kerana menembak 10 orang di sebuah kedai serbaneka di Colorado, sedang Amerika Syarikat digemparkan dengan kejadian kedua tembakan beramai-ramai dalam tempoh kurang seminggu - mencetuskan satu lagi perdebatan mengenai isu kawalan senjata di negara itu.

Suspek, bernama Ahmad Al Aliwi Alissa, kini di hospital setelah berbalas-balas tembakan dengan para pegawai polis menyusuli serangan yang dilancarkan ke atas King Soopers di Boulder County, 50 kilometer dari barat laut ibu kota Denver itu pada petang Isnin (22 Mac).

Alissa membeli senjata itu pada 16 Mac, enam hari sebelum melancarkan serangan tersebut, menurut afidavit waran tangkap. Namun, masih belum diketahui di mana senjata itu dibeli, menurut Associated Press.

Dia ditahan di sebuah penjara daerah pada Selasa atas tuduhan membunuh setelah dirawat di hospital.

Para penyiasat belum lagi dapat mengenal pasti motif serangan tersebut, namun mereka percaya serangan itu dilancarkan hanya oleh Alissa seorang diri, kata Peguam Daerah Boulder County, Michael Dougherty.

Menurut taklimat yang diberikan oleh seorang pegawai penguat kuasa, AP mendapat tahu daripada keluarga suspek bahawa para penyiasat percaya Alissa mengalami sejenis penyakit mental, termasuk khayalan.

Saudara-mara turut menceritakan bagaimana Alissa memberitahu kenalannya bahawa dia seolah-olah diekori atau diburu oleh orang lain, yang menurut mereka mungkin menyumbang kepada keganasan itu, kata pegawai tersebut. Pegawai berkenaan bagaimanapun tidak pula mendedahkan namanya kepada AP kerana tidak dibenarkan bercakap secara terbuka mengenai hal itu.

Pembunuhan beramai-ramai itu berlaku kurang seminggu setelah seorang lelaki bersenjata menembak mati lapan orang di beberapa spa di ibu kota Georgia, Atlanta. Suspek kes itu juga berdepan dengan tuduhan membunuh.

Kedua-dua kejadian pembunuhan itu mencetuskan satu lagi perdebatan mengenai isu kawalan senjata di Amerika Syarikat yang tidak tegas terhadap pemilikan senjata api.

Kawalan senjata api yang lebih ketat sangat disokong oleh sebahagian besar rakyat Amerika Syarikat - dan disokong oleh Presiden Joe Biden - namun anggota Repulican sejak sekian lama menentang apa yang dilihat oleh golongan minoriti sebagai pelanggaran hak mereka untuk memiliki senjata.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan