Skip to main content

Dunia

Suspek tembak mati bomoh di Kuantan mungkin pembunuh upahan

Suspek tembak mati bomoh di Kuantan mungkin pembunuh upahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek tembak mati bomoh di Kuantan mungkin pembunuh upahan

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 09 Apr 2021 11:43PM Dikemas Kini : 09 Apr 2021 11:45PM

TEMERLOH: Pembunuhan seorang pengamal perubatan di Kuantan malam Ahad lalu (4 Apr) dipercayai dilakukan oleh pembunuh upahan yang melepaskan beberapa das tembakan semasa mangsa sedang merawat pesakit. 

Ketua Polis Pahang Abd Jalil Hassan berkata Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, dipercayai ditembak di hadapan sepasang suami isteri, yang kini direman sehingga 13 April ini bagi membantu siasatan. 

"Siasatan awal mendapati suspek yang memakai topeng ada memberi salam sebelum masuk ke rumah dan terus melepaskan tembakan ke arah mangsa. 

"Suspek dikatakan terus berlalu pergi selepas itu tanpa mengapa-apakan suami isteri tersebut dan difahamkan seorang rakan suspek menunggu di luar bagi memudahkan mereka melarikan diri," katanya. 

Abd Jalil ditemui pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh pada Jumaat (9 Apr), yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Abd Rahim Jaafar. 

Mengulas mengenai kemungkinan jenayah melibatkan pembunuh upahan, Abd Jalil berkata andaian itu berdasarkan persiapan, jenis pistol yang digunakan selain suspek kekal tenang walaupun kejadian itu mempunyai saksi.

"Setakat ini, siasatan bagi motif pembunuhan dilakukan secara menyeluruh meliputi aspek dendam, hutang dan marah yang mungkin berpunca daripada gangguan seksual semasa proses mengubat. 

"Kita juga meneliti jadual dan perbualan mangsa sebelum kejadian serta media sosial mangsa yang mengandungi video dia menjalankan proses rawatan bagi mendapatkan petunjuk untuk membantu siasatan," katanya. 

Abd Jalil berkata pihaknya memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat atau mereka yang pernah mendapatkan rawatan daripada mangsa untuk tampil membantu siasatan, dengan jaminan kerahsiaan identiti mereka dijaga. 

Mohamad Abdul Rahim ditemukan maut dengan kesan tembakan sekitar pukul 11.00 malam pada 4 April lalu dalam keadaan berpakaian serba kuning dengan kesan darah kering. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati wajib, jika sabit kesalahan. 

Sumber : Bernama/HA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita