Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suspek serangan Rushdie dituduh atas cubaan membunuh; mengaku tidak bersalah

Hadi Matar, 24 tahun, dituduh atas cubaan membunuh dan menyerang penulis buku kontroversi 'The Satanic Verses' di Institut Chautauqua, New York.

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek serangan Rushdie dituduh atas cubaan membunuh; mengaku tidak bersalah

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 14 Aug 2022 01:21PM Dikemas Kini : 14 Aug 2022 05:31PM

NEW YORK: Lelaki yang dituduh melakukan serangan terhadap penulis kontroversi Salman Rushdie mengaku tidak bersalah di sebuah mahkamah New York, pada Sabtu (13 Ogos).

Hadi Matar, 24 tahun, dituduh atas cubaan membunuh dan menyerang penulis buku kontroversi 'The Satanic Verses' itu di Institut Chautauqua, New York.

Matar hadir di mahkamah dengan memakai jumpsuit hitam putih dan pelitup dengan tangannya digari di hadapannya.

Rushdie mengalami kecederaan serius selepas ditikam sekitar 10 kali, kata pihak pendakwa, dan masih dirawat di hospital.

Ketika serangan, Rushdie, 75 tahun, bersedia untuk menyampaikan ceramah mengenai kebebasan artistik sebelum Matar bergegas ke atas pentas dan menikam penulis kelahiran India itu.

Rushdie menjalani pembedahan kecemasan dan  menggunakan alat bantuan pernafasan di sebuah hospital Pennsylvania.

Dia tidak dapat bercakap dan  berkemungkinan kehilangan mata dan mengalami kerosakan saraf di lengan dan luka di hati, kata ejen penulis itu, Andrew Wylie, seperti dilaporkan New York Times.

Polis berkata mereka masih belum tahu motif serangan setakat ini.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dalam kenyataan pada Sabtu, menggelar kejadian itu sebagai serangan "ganas" dan berdoa agar  Rushdie sembuh.Beliau juga memuji 'cita-cita universal' dan karya Salman.

"Kebenaran. Keberanian. Kebingkasan,", kata Encik Biden dalam satu kenyataan.

Sumber : AGENCIES/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan