Suspek serangan Paul Pelosi didakwa berniat ambil Speaker AS Nancy Pelosi sebagai tebusan
Anggaran Waktu Membaca:

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi dan suaminya, Paul Pelosi. (Gambar fail: AP/Kevin Wolf)
SAN FRANCISCO: Lelaki yang dituduh menyerang suami Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi dengan tukul besi selepas memecah masuk kediaman pasangan itu, mengancam untuk mengambil Cik Pelosi sebagai tebusan dan mematahkan "tempurung lututnya".
Demikian menurut aduan jenayah federal yang difailkan pada Isnin (31 Okt).
Motif penyerang itu, David Wayne DePape didedahkan ketika suspek berusia 42 tahun itu didakwa melakukan serangan dan cubaan menculik dalam kejadian pada Jumaat (28 Okt) di kediaman Cik Pelosi di San Francisco.

Beberapa tuduhan sudah difailkan secara berasingan di Mahkamah Tinggi San Francisco, termasuk cubaan membunuh, menyerang dengan senjata maut, dan mengugut pegawai awam, kata peguam daerah dalam satu sidang media.
Cik Pelosi, yang berada di barisan kedua selepas jawatan Presiden, sedang berada di Washington ketika serangan itu berlaku.
Suaminya, Paul Pelosi, 82 tahun, dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan untuk membaiki keretakan tengkorak dan kecederaan serius pada lengan dan tangan kanan
DePape diberkas pegawai polis yang dikerahkan ke kediaman itu selepas Paul Pelosi menghubungi talian kecemasan untuk melaporkan serangan tersebut, menurut afidavit FBI yang difailkan sebagai sebahagian daripada aduan itu.

BACA:
DePape didakwa atas satu tuduhan melakukan serangan terhadap seorang anggota keluarga pegawai AS dan satu lagi tuduhan melaksanakan percubaan menculik seorang pegawai AS. Pendakwa raya mendakwa kesalahan itu berpunca daripada niat suspek untuk membalas dendam terhadap speaker Dewan Perwakilan AS kerana "melaksanakan tugas rasminya".
Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.