Suspek serangan di masjid Perancis serah diri kepada polis Itali

Seorang penunjuk perasaan memegang plakad bertulis "Keadilan untuk Aboubakar, Islamofobia membunuh" semasa perhimpunan bagi memperingati Aboubakar, jemaah yang dibunuh di sebuah masjid di La Grand-Combe, Paris. - AFP
Seorang hakim yang ditugaskan menyiasat, kini perlu menentukan motif di sebalik serangan pada Jumaat itu, menurut Pendakwa Raya Abdelkrim Grini seperti yang dilaporkan oleh penyiar France Info.
Pihak berkuasa pada Isnin (28 Apr) tidak menolak kemungkinan serangan itu bermotifkan Islamofobia.
Lelaki berusia 21 tahun dari Perancis itu, yang menjadi buruan polis, menyerah diri lewat Ahad (27 Apr) di sebuah balai polis di Pistoia, utara Itali, yang terletak beberapa ratus kilometer dari lokasi kejadian.
Pada Jumaat (25 Apr), seorang lelaki memasuki sebuah masjid di pekan kecil La Grand-Combe dan menikam seorang jemaah muda sehingga maut, dengan sekurang-kurangnya 50 tikaman.
Ketika kejadian, hanya mangsa dan suspek berada di dalam masjid. Mayat mangsa ditemukan jemaah lain pada sebelah pagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.