Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suspek serangan balai polis Ulu Tiram bertindak sendirian

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Suspek dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram di Johor Bahru pada Jumaat (17 Mei) didapati bertindak sendirian, kata Menteri Dalam Negeri Malaysia Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata tindakan lelaki warga tempatan berusia 21 tahun itu tiada kaitan dengan kumpulan terancang berdasarkan kesimpulan awal pihak polis, selepas menemu bual 46 individu dalam profil berkait insiden berkenaan.

"Kita dapati buat peringkat awalan ini bahawa penyerang bertindak bersendirian, kita panggil 'lone wolf', dia didorong motivasi tertentu yang dia faham sebab dia tidak bercampur orang.

"Oleh itu, kita boleh buat kesimpulan awal daripada temu bual kita dengan individu yang kita panggil bahawa tindakan (serangan) itu berupa tindakan sendirian yang terpisah daripada satu misi besar ataupun satu kumpulan terancang... itu tiada," katanya.

Encik Saifuddin Nasution berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, pada Sabtu (18 Mei) yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Razarudin Husain.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan