Suspek rempuhan New Orleans mungkin tidak bertindak sendirian, panji ISIS ditemui dalam kenderaannya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: FBI/AP)
NEW ORLEANS: Seorang bekas askar Tentera Amerika Syarikat dengan panji ISIS di dalam traknya merempuh orang ramai di kawasan French Quarter yang sesak di New Orleans sempena hari pertama Tahun Baharu, membunuh sekurang-kurangnya 12 orang, dan polis sedang mencari orang lain yang mungkin terlibat dalam meletakkan bahan letupan di kawasan tersebut.
Sekitar 35 orang cedera dalam serangan pada pukul 3.15 petang (5.15 petang, waktu Singapura), berhampiran persimpangan Canal dan Bourbon Streets, destinasi pelancongan bersejarah yang terkenal dengan muzik dan bar yang menjadi tempat orang ramai menyambut tahun baharu. Selepas merempuh orang ramai dengan trak pikapnya, pemandu itu ditembak mati dalam pertempuran dengan polis, kata para pegawai.
Polis mengenal pasti suspek sebagai Shamsud-Din Jabbar, 42 tahun, warga Amerika dari Texas.
Para pegawai berkata angka korban mungkin akan meningkat kerana sebahagian daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan tenat.
Menurut para penyiasat, bahan letupan disembunyikan dalam alat pendingin dan berwayar untuk diletupkan dari jarak jauh, dan alat kawalan jauh turut ditemui dalam kenderaannya, lapor Associated Press.
Sugar Bowl, perlawanan ragbi kolej yang diadakan di New Orleans setiap tahun pada hari pertama Tahun Baharu, telah ditangguhkan selama 24 jam sedang polis menggeledah sebahagian bandar tersebut untuk mencari bahan letupan yang lain dan bagi mencari petunjuk baharu.
Bandar itu juga akan menjadi lokasi NFL Super Bowl pada 9 Feb.
Panji ISIS ditemui dalam kenderaan yang disewa itu, sekali gus mendorong siasatan ke atas kemungkinan insiden itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, menurut Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam kenyataannya.
"Kami tidak percaya bahawa Jabbar bertanggungjawab sepenuhnya. Kami secara agresif menyiasat setiap petunjuk, termasuk para kenalannya," kata Penolong Ejen Khas FBI Alethea Duncan kepada para wartawan.
Rekod awam menunjukkan Jabbar bekerja dalam industri hartanah di Houston. Dalam video promosi yang dimuat naik empat tahun lalu, Jabbar menggambarkan dirinya sebagai seseorang yang dilahirkan dan dibesarkan di Beaumont, sebuah bandar yang terletak kira-kira 130 km dari timur Houston, yang menghabiskan 10 tahun berkhidmat dalam tentera Amerika sebagai pakar sumber manusia dan IT.
Jabbar mendakwa tentera Amerika menjadi tempat dia belajar betapa pentingnya perkhidmatan yang hebat dan mengambil berat terhadap perkara yang serius.
"Jadi saya telah menimba kemahiran itu dan memanfaatkannya dalam kerjaya saya sebagai ejen hartanah, di mana saya merasakan apa yang membezakan saya daripada ejen lain adalah keupayaan saya untuk menjadi seorang perunding yang hebat," katanya dalam video tersebut.
Cik Duncan dari FBI berkata beliau percaya Jabbar telah diberhentikan dengan hormat dari Angkatan Tentera Amerika, yang tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mengesahkan rekod perkhidmatannya.
Ditanya berapa ramai rakan subahat yang sedang disiasat oleh FBI, Cik Duncan berkata ia adalah "kumpulan suspek" dan menggesa sesiapa yang mempunyai hubungan dengan Jabbar dalam tempoh 72 jam sebelum itu untuk menghubungi pihak berkuasa.
Para penyiasat menemui senjata dan bahan letupan dalam kenderaan suspek dan dua lagi bahan letupan ditemui di French Quarter, dedah FBI.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.