Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suspek penembak Trump anggota Republican berdaftar

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek penembak Trump anggota Republican berdaftar

(Gambar: AFP/Rebecca DROKE)

Diterbitkan : 14 Jul 2024 07:25PM Dikemas Kini : 14 Jul 2024 07:26PM
PENNSYLVANIA: Thomas Matthew Crooks, suspek penembak yang cuba membunuh mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump semasa acara kempen, adalah seorang Republican berdaftar, lapor Sputnik memetik The Washington Post pada Ahad (14 Jul).

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kini berusaha untuk menentukan motif penembak tersebut, dan sudah meminta orang ramai untuk berkongsi sebarang maklumat yang mereka ketahui mengenai suspek, menurut akhbar berkenaan.

Terdahulu, FBI mengenal pasti Crooks sebagai "subjek yang terlibat dalam cubaan pembunuhan" terhadap bekas pemimpin Amerika itu.
Pada Sabtu (13 Jul) petang, seorang lelaki menembak Encik Trump di telinga kanannya semasa acara kempen di Pennsylvania.

Penembak itu juga membunuh seorang penonton dan dua lagi mangsa kritikal sebelum penyerang ditembak mati oleh Perkhidmatan Risikan Amerika.

FBI sedang menyiasat kejadian itu sebagai cubaan pembunuhan terhadap Encik Trump.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan