Suspek penembak Charlie Kirk ditahan selepas bapanya suruh serah diri
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Agensi Berita)
OREM: Seorang lelaki berusia 22 tahun dari Utah yang ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh dalam kes pembunuhan Charlie Kirk menunjukkan kebencian mendalam terhadap pandangan provokatif aktivis itu dan memberitahu ahli keluarganya sendiri bahawa dia bertanggungjawab atas insiden tembakan tersebut, kata pihak berkuasa pada Jumaat (12 Sep).
Penahanan Tyler Robinson adalah perkembangan besar dalam kes yang mengejutkan negara dan menimbulkan kebimbangan baharu mengenai keganasan politik di Amerika Syarikat yang semakin berpecah belah.
“Kami telah menahannya,” kata Gabenor Utah, Spencer Cox dalam satu sidang media.
Menurut Encik Cox, Robinson menjadi “lebih bersifat politik” sebelum insiden tembakan itu.
Bahkan semasa makan malam bersama keluarga, dia ada menyebut bahawa Encik Kirk akan melawat Utah.
Gabenor daripada parti Republican itu memuji keluarga Robinson kerana membantu menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
Bapa Robinson mengenal pasti anaknya melalui gambar yang dikeluarkan oleh FBI dan menyuruhnya menyerah diri.
Robinson pada mulanya enggan berbuat demikian, namun kemudian berubah fikiran, menurut seorang pegawai penguatkuasaan undang-undang.
Bapanya menghubungi paderi belia mereka, yang kemudian menghubungi agensi berkenaan supaya Robinson boleh menyerah diri.
Menurut CNN, memetik pegawai penguatkuasaan undang-undang yang dimaklumkan mengenai siasatan itu, bapa Robinson mendesaknya agar menyerah diri selepas dia mengaku menembak Encik Kirk.
Namun suspek itu menjawab: “Saya lebih rela bunuh diri daripada menyerah diri.”
Robinson dipercayai bertindak sendirian, dan siasatan masih dijalankan, kata Encik Cox.
Dia ditahan kerana disyaki membunuh, yang boleh membawa kepada hukuman mati.
Dia juga ditangkap atas kesalahan berkaitan senjata, dan menghalang siasatan.
Dia dijangka akan didakwa secara rasmi pada Selasa sebelum penampilan awal di mahkamah.
BUKTI BAHARU
Walaupun pihak berkuasa menyatakan mereka tidak mengetahui motif sebenar tindakan Robinson, Encik Cox berkata bahawa slogan anti-fasis ditemui pada dua kelongsong peluru yang tidak digunakan, yang dijumpai oleh pihak berkuasa.
Salah satu kelongsong mempunyai tulisan "Bella ciao", dipercayai merujuk kepada lagu anti-fasis era Perang Dunia II dari Itali.
Beberapa kelongsong lain ditandakan dengan simbol dan tulisan yang kelihatan berasal daripada budaya permainan online.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau mahukan hukuman mati dijatuhkan terhadap penembak tersebut.
Presiden itu menganggap pembunuhan sekutunya itu sebagai isu penting negara, dan mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang sambil menyatakan bahawa beliau akan menghadiri persemadian Encik Kirk.

Sumber : Agensi berita/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.