Suspek pembunuhan Charlie Kirk hadir di mahkamah buat pertama kali
Anggaran Waktu Membaca:
UTAH: Tyler Robinson, lelaki yang dituduh membunuh aktivis konservatif Charlie Kirk, membuat penampilan pertamanya di mahkamah secara fizikal pada Khamis (11 Dis) di mana hakim mendengar hujah tentang tahap akses media yang harus dibenarkan dalam kes jenayah berprofil tinggi itu.
Robinson, yang memakai kemeja formal dan tali leher berjalur, bercakap dengan peguamnya, kadangkala tersenyum, selepas dia dibawa ke bilik mahkamah Provo, Utah, dengan gari dan belenggu. Ibu bapa dan abang Robinson hadir, kata peguamnya Richard Novak. Ibunya mengesat air mata ketika dia masuk, menurut wartawan Salt Lake Tribune yang hadir di bilik mahkamah.
Stesen televisyen tempatan menunjukkan sebuah trak SWAT berperisai dalam konvoi kenderaan yang membawa Robinson, 22 tahun, ke mahkamah kira-kira 6km dari tempat Kirk, 31 tahun, sekutu Presiden Donald Trump, ditembak mati pada 10 September.
Hakim Mahkamah Daerah Amerika Syarikat Tony Graf mendengar hujah daripada peguam Robinson, yang mahu melarang kamera dari bilik mahkamah dalam kes yang menarik perhatian media yang luar biasa itu. David Reymann, seorang peguam yang mewakili badan-badan media, meminta mahkamah untuk memberikan anak guamnya akses kepada rakaman dan transkrip daripada perbicaraan mahkamah sesi tertutup dalam kes itu.
"Kami tidak mahu kekecohan yang berlaku di media dalam bilik mahkamah ini," kata peguam Robinson, Staci Visser.
Graf menjadualkan panggilan video pada 29 Disember untuk memberikan keputusannya mengenai akses media dan menetapkan 18 hingga 21 Mei untuk perbicaraan awal secara bersemuka.
Atas permintaan pendakwa raya negeri, Graf melantik Erika Kirk, balu Charlie Kirk, sebagai wakil mangsa dalam kes itu.
HAKIM MAHU LINDUNGI TANGGAPAN TIDAK BERSALAH
Robinson dituduh melepaskan satu das tembakan dari sebuah bumbung yang membunuh Kirk semasa acara Turning Point USA di kampus Universiti Utah Valley di Orem, kira-kira 65km di selatan Salt Lake City, ketika Kirk sedang berdebat dengan para mahasiswa.
Kematian Kirk mencetuskan kecaman keganasan politik merentasi spektrum ideologi.
Sejak penampilan pertama Robinson di mahkamah melalui pautan video pada 27 Oktober, Graf membuat keputusan yang direka untuk melindungi tanggapan bahawa dua tidak bersalah dalam kes yang dikatakannya menarik perhatian awam yang "luar biasa".
Hakim memutuskan Robinson boleh hadir di mahkamah dengan pakaian biasa tetapi mesti diikat secara fizikal. Graf melarang media daripada merakam atau mengambil gambar gari dan belenggu Robinson selepas peguamnya berkata imejnya yang diikat boleh menjejaskan kehakiman para juri.
Pada Khamis, Graf menghentikan seketika siaran langsung dan mengarahkan seorang juruvideo untuk berpindah ke kedudukan baharu. Visser meminta agar siaran itu ditamatkan selepas ia mempamerkan belenggu Robinson.
Seorang juruvideo dan seorang jurugambar ditetapkan oleh mahkamah untuk berkongsi imej dan audio dari bilik mahkamah dengan saluran berita lain.
Erika Kirk, kini ketua organisasi Turning Point Charlie Kirk yang konservatif, meminta agar kamera dibenarkan masuk ke bilik mahkamah bagi mengekalkan ketelusan.
Robinson didakwa dengan tujuh pertuduhan jenayah, termasuk pembunuhan beramai-ramai, menghalang keadilan kerana menghapuskan bukti, dan mengganggu saksi kerana meminta rakan sebiliknya supaya padam teks yang memberatkan pertuduhannya. Pendakwa raya berkata mereka akan menuntut hukuman mati.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.