Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suspek letupkan mesin ATM tapi gagal bawa lari wang

Polis kini memburu seorang suspek yang dipercayai cuba meletupkan mesin pengeluaran wang (ATM) menggunakan bahan letupan di sebuah bank dekat Jalan Dedap 21, Johor Jaya, Johor Bahru, awal pagi tadi (22 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek letupkan mesin ATM tapi gagal bawa lari wang

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2019 04:04PM Dikemas Kini : 22 Sep 2019 04:07PM

JOHOR BAHRU: Polis kini memburu seorang suspek yang dipercayai cuba meletupkan mesin pengeluaran wang (ATM) menggunakan bahan letupan di sebuah bank dekat Jalan Dedap 21, Johor Jaya, Johor Bahru, awal pagi tadi (22 Sep).

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira 7.20 pagi.

“Ketika tiba di tempat kejadian, pihak polis mendapati satu daripada dua ATM di bank berkenaan mengalami kerosakan pada tempat pengeluaran wang dan cermin penghadang berhampiran juga pecah.

“Bagaimanapun, pihak polis mendapati penjenayah gagal untuk mengambil wang daripada ATM tersebut,” kata Ismail.

Menurut beliau, hasil siasatan awal daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang suspek, yang tidak dikenal pasti jantinanya, dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Ismail berkata suspek dipercayai menggunakan bahan letupan yang masih belum dikenal pasti dalam percubaan untuk memecahkan ATM berkenaan. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan