Suspek kes tikam di tugu peringatan Berlin diberkas
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Odd ANDERSEN)
BERLIN: Polis Jerman telah memberkas seorang suspek dalam kes tikam pada Jumaat (21 Feb) di tugu peringatan peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Berlin, yang menyebabkan seorang lelaki cedera parah, dua hari sebelum pilihan raya negara itu diadakan.
Jabatan polis Berlin bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai identiti suspek atau motifnya.
"Pegawai polis kami telah menahan suspek di kawasan berlaku perbuatan jenayah itu," menurut catatan polis bandar Berlin di wadah X.
"Siasatan masih dijalankan."
Rakaman video di tempat kejadian menunjukkan beberapa kenderaan kecemasan dan polis bersenjata mengepung satu bahagian tugu peringatan itu.
Tugu peringatan itu terletak tidak jauh dari bangunan Kedutaan Amerika.
Mangsa 'sangat cedera parah sehingga beliau dihantar ke hospital oleh pasukan bomba untuk mendapatkan rawatan kecemasan,' kata jurucakap polis Florian Nath.
Serangan itu berlaku pada kira-kira pukul 6.00 petang waktu tempatan.
Encik Nath berkata keadaan mangsa sudah stabil dan beliau dijangka menjalani pembedahan tidak lama lagi.
Polis kini sedang mengumpul bukti forensik di tempat kejadian.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.