Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suspek kes tembakan di KLIA direman 7 hari

Anggaran Waktu Membaca:
KOTA BHARU: Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini (16 Apr) membenarkan suspek yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hujung minggu lalu direman selama tujuh hari.

Perintah reman hari ini sehingga 22 April (Khamis) itu dikeluarkan Hakim Tuan Rais Imran Hamid bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atas suspek.

Sebelum itu, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Bharu dengan iringan ketat anggota polis sekitar jam 8.30 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi Ahad, seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek tercedera akibat terkena tembakan tersebut.

Akibat kejadian itu, pengawal peribadi berkenaan dikejarkan ke hospital berdekatan dan kini dilaporkan stabil.

Pada Isnin (15 Apr), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Menurut Mohd Shuhaily, suspek berada dalam keadaan sihat secara fizikal.

Awal dari itu, Astro AWANI melaporkan, selepas melarikan diri lebih 36 jam, suspek lelaki, Hafizul Harawi, 38 tahun, yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA, Sepang ditahan polis pada Isnin.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain dilaporkan berkata suspek ditahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, kira-kira jam 3.00 petang semalam.
Sumber : Agensi berita/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan