Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suspek kes tembak di KLIA berdepan 7 tuduhan

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek kes tembak di KLIA berdepan 7 tuduhan

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 24 Apr 2024 12:09PM Dikemas Kini : 24 Apr 2024 12:11PM
KOTA BHARU: Seorang pengurus syarikat pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Hafizul Hawari, 38 tahun, mohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki senjata api jenis pistol Glock 19 Austria, Made in Turkey yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37] yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat minimum enam kali.

Pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki 33 butir senjata PMC 380 AUTO tanpa lesen yang sah mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 [Akta 206] boleh dihukum di bawah Seksyen 8 Akta sama yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 (S$2,845) atau kedua-duanya, lapor agensi berita BH Online.

Pertuduhan ketiga, dia didakwa memiliki satu bungkusan plastik cerah mengandungi mercun bola tanpa permit mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 (S$2,845) atau kedua-duanya.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dilakukan dalam sebuah kereta Jenis Honda Civic di perkarangan KPJ Perdana Specialist Hospital, jam 2.00 petang, pada 15 April 2024, lapor BH Online.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi Ahad (14 Apr), suspek terbabit dipercayai melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya.

Menurut laporan Bernama sebelum ini, kejadian tersebut berlaku ketika wanita itu sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di balai ketibaan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan