Suspek kes rompakan di Louvre akan didakwa atas kesalahan mencuri, komplot jenayah
Dua lelaki yang diberkas berhubung rompakan barang kemas di muzium Louvre di Perancis pada bulan ini akan didakwa atas kesalahan mencuri dan komplot jenayah, menurut pendakwa raya Paris pada Rabu (29 Okt).
Anggaran Waktu Membaca:
PARIS: Dua lelaki yang diberkas berhubung rompakan barang kemas di muzium Louvre di Perancis pada bulan ini akan didakwa atas kesalahan mencuri dan komplot jenayah, menurut pendakwa raya Paris pada Rabu (29 Okt).
Berpuluh-puluh penyiasat terlibat dalam usaha menjejaki empat perompak yang menggunakan lori pengumpul ceri dan peralatan pemotong untuk memecah masuk galeri di tingkat pertama muzium terkenal di dunia itu, sebelum melarikan barang kemas yang dianggarkan bernilai lebih AS$102 juta (S$132.2 juta).
Para suspek dihadapkan ke majistret dengan tujuan untuk "mendakwa mereka atas kecurian terancang, yang membawa hukuman penjara selama 15 tahun", dan komplot jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun, kata pendakwa raya Laure Beccuau di sidang media, sambil menambah para suspek "sebahagiannya mengaku bersalah terhadap tuduhan itu".
Barang kemas yang dicuri pada pagi Oktober 19 "belum ditemukan semula", kata Cik Beccuau.
"Saya mahu berpegang pada harapan bahawa ia boleh ditemukan semula," katanya.
Dua lelaki itu yang diberkas di daerah Paris, disyaki memecah masuk Galeri Apollo di Muzium Louvre untuk mencuri barang kemas itu, manakala rakan mereka tunggu di luar, menurut pendakwa raya.
Salah seorang suspek itu adalah seorang warga Algeria berusia 34 tahun yang tinggal di Perancis.
Dia dikenal pasti menerusi kesan DNA yang ditemui pada salah satu skuter yang digunakan untuk melarikan diri menyusuli rompakan itu.
Suspek kedua adalah seorang individu berusia 39 tahun dan dilahirkan dan tinggal di kawasan luar bandar Paris di Aubervilliers.
Dia adalah seorang pemandu teksi tidak berlesen.
Kedua-duanya dikenali oleh polis kerana pernah melakukan kecurian.
Salah satu suspek diberkas ketika dia sedang menaiki pesawat ke Algeria di lapangan terbang Charles de Gaulle di Paris, tanpa sebarang tiket pulang.
Suspek kedua diberkas tidak lama selepas kejadian itu di luar rumahnya, dan "tiada bukti yang menunjukkan dia merancang untuk ke luar negara", kata pendakwa raya itu.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.