Skip to main content

Dunia

Suspek kes MH17 terhempas 'tidak nampak tanda peluru berpandu'

Suspek warga Rusia dalam kes MH17 terhempas mendakwa tidak nampak tanda-tanda peluru berpandu yang digunakan bagi menembak jatuh pesawat itu, dalam keterangan menerusi sidang video semasa perbicaraan pada Selasa (3 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek kes MH17 terhempas 'tidak nampak tanda peluru berpandu'

(Gambar; AFP)

Diterbitkan : 04 Nov 2020 10:03AM Dikemas Kini : 04 Nov 2020 10:17AM

THE HAGUE: Suspek warga Rusia dalam kes MH17 terhempas mendakwa tidak nampak tanda-tanda peluru berpandu yang digunakan bagi menembak jatuh pesawat itu, dalam keterangan menerusi sidang video semasa perbicaraan pada Selasa (3 Nov).

Oleg Pulatov ialah salah seorang daripada empat suspek yang dibicarakan tanpa hadir oleh mahkamah di Belanda berhubung kes pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Penyiasat berkata peluru berpandu BUK era Soviet dilancarkan pemberontak pro Rusia untuk menembak pesawat itu, menyebabkannya terhempas mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 196 warga Belanda.

Pulatov, satu-satunya suspek yang diwakili peguam, mendakwa tidak melihat peluru berpandu BUK dan yakin tiada peluru berpandu jenis itu.

"Tiada BUK atau arahan berkaitan pelancaran BUK dikeluarkan ketika perjumpaan dengan pemberontak lain pada hari pesawat itu terhempas.

Kali pertama dia mendengar tentang kejadian itu adalah "apabila askar memberitahu berita terkini, bahawa sebuah pesawat terhempas dekat Donetsk."

"Askar turut memberitahu mereka memintas banyak panggilan, yang berkata kawasan persekitaran nahas dihujani mayat", katanya dalam rakaman video di mahkamah berhampiran lapangan terbang Schiphol, dari mana pesawat malang itu berlepas.

Empat suspek termasuk warga Rusia Pulatov, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta seorang warga Ukraine, Leonid Kharchenko, dituduh sebagai anggota utama kumpulan pemberontak berperang di Kiev.

Pulatov ialah bekas anggota pasukan khas tentera Rusia dan salah seorang timbalan Dubinsky yang didakwa membantu mengangkut peluru berpandu itu ke Ukraine dari pangkalannya di Rusia.

Penyiasat masih cuba menjejaki anggota yang mengendalikan peluru berpandu BUK itu, yang pada asalnya dimiliki Briged Peluru Berpandu Anti Pesawat Ke-53 Tentera Rusia yang berpangkalan di Kursk.

Perbicaraan yang bermula Mac lalu itu masih mendengar kes pihak pembelaan berkaitan bukti yang dikemukakan. 

Sumber : AFP/EM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita