Skip to main content

Dunia

Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis

(Gambar: Bernama)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 18 Jul 2024 09:58AM

KULIM: Tempoh reman ke atas seorang lelaki berusia 33 tahun bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian dua beradik yang maut termakan keropok beracun akan tamat hari ini (18 Jul) dan tidak akan disambung semula.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, suspek yang juga seorang pekebun akan dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

"Pihak kami tidak akan sambung permohonan reman terhadapnya dan suspek akan diberikan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu (17 Jul).

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan, dua beradik, Muhammad Akil Syauqi, 3 tahun, dan Muhammad Luth Syauqi, 2 tahun, meninggal dunia selepas termakan keropok yang mengandungi racun tikus dalam kejadian yang berlaku di Kampung Padang Ubi, Labu Besar Kulim pada 7 Julai lalu.

Muhammad Akil meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Pulau Pinang pada Rabu lalu sebelum adiknya disahkan meninggal dunia, dua hari kemudian.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita