Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suspek kejadian tembakan di KLIA1 dipercayai larikan diri ke utara Malaysia

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek kejadian tembakan di KLIA1 dipercayai larikan diri ke utara Malaysia

Tangkapan skrin insiden tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. (Gambar: @UmarShukri05/X)

Diterbitkan : 14 Apr 2024 11:34AM Dikemas Kini : 14 Apr 2024 12:30PM
SEPANG: Individu yang bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dipercayai melarikan diri ke utara Malaysia.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, siasatan lanjut mendapati suspek sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ.

"Ketika kejadian, isteri suspek dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

"Suspek bertindak melepaskan dua das tembakan sebelum terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut," katanya menerusi kenyataan pada Ahad (14 Apr), dipetik agensi berita Sinar Harian.

"Identiti suspek telah dikenal pasti dan operasi mengesannya sedang giat dijalankan.

"Siasatan lanjut mendapati suspek dipercayai melarikan diri ke utara," katanya, lapor Sinar Harian.

Menurutnya lagi, kejadian itu bersifat peribadi dan tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti keganasan.

"Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

"Suasana di KLIA 1 berada dalam keadaan terkawal dan selamat," katanya, menurut Sinar Harian.

Pada Ahad, seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan