Suspek insiden tembakan Pantai Bondi dipindah ke penjara
Anggaran Waktu Membaca:
SYDNEY: Lelaki berusia 24 tahun yang didakwa sebagai seorang daripada dua penyerang dalam insiden keganasan di Pantai Bondi, dipindahkan dari hospital ke penjara pada Isnin (22 Dis), menurut pihak polis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Polis memaklumkan lelaki itu dihantar ke kemudahan pemulihan di bahagian timur Sydney.
Kompleks berkenaan turut menempatkan Hospital Long Bay, sebuah wad kawalan keselamatan tinggi bagi kes perubatan dan psikiatri.
Dalam kejadian pada 14 Disember lalu dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah orang ramai di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan 15 nyawa manakala puluhan lagi cedera.
Sebilangan besar mangsa terdiri daripada masyarakat Yahudi yang sedang menyambut hari pertama perayaan Hanukkah.
Hasil siasatan mengenal pasti penyerang sebagai pasangan bapa dan anak.
Bapa yang berusia 50 tahun maut ditembak polis di lokasi kejadian, manakala anak lelakinya yang cedera kini berdepan 15 tuduhan membunuh, 40 tuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan niat membunuh, dan satu tuduhan melakukan tindakan pengganas.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.