Suspek ditahan selepas 4 maut dalam kejadian tembakan, tikaman di Jepun
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Getty Images
TOKYO: Polis Jepun menahan seorang lelaki yang menyembunyikan diri di dalam bangunan selepas didakwa membunuh empat mangsa termasuk dua anggota polis dalam serangan menggunakan pistol dan pisau, kata pegawai kepada AFP.
Lelaki itu ditahan di luar kawasan ladang berhampiran bandar Nakano di wilayah Nagano, dengan polis mengesahkan kematian keempat pada Khamis malam (24 Mei) - iaitu seorang wanita warga emas yang ditemui cedera di tempat kejadian, sebelum disahkan meninggal dunia.
Jurucakap polis memberitahu AFP, suspek ditahan kira-kira jam 4.30 pagi, selepas ditemui bersembunyi selama beberapa jam di dalam rumah milik bapanya - Speaker Dewan di bandar Nakano, menurut agensi berita Kyodo.

Dia didakwa menikam mangsanya dengan pisau besar, sebelum menggunakan senapang memburu untuk menembak dua anggota polis yang menjawab panggilan kecemasan.
Pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya kekal di dalam rumah selepas kejadian amuk bermula pada Khamis petang.
Pegawai polis yang maut dikenali sebagai Yoshiki Tamai, 46 tahun dan Takuo Ikeuchi, 61 tahun.
Dua wanita, termasuk ibu suspek, melarikan diri dari rumah tempat suspek bersembunyi, seorang berjaya keluar kira-kira jam 8.35 malam dan seorang lagi selepas tengah malam.
Seorang saksi memberitahu penyiar awam NHK, beliau bekerja di ladang berhampiran apabila "seorang wanita berlari dari jalan raya sambil berkata, 'tolong saya', dan kemudian terjatuh".
"Di belakangnya datang seorang lelaki yang membawa pisau besar, lalu menikam wanita itu dari belakang," kata saksi berusia 72 tahun itu.
Beliau kemudian menghubungi khidmat kecemasan manakala jiran tetangga cuba menyelamatkan wanita berkenaan.
NHK, yang memetik polis, menyatakan bahawa penyerang kemudian melepaskan tembakan dipercayai senapang ke arah pegawai polis yang tiba di tempat kejadian.
Penyerang kemudian meletakkan senjata itu pada tingkap kereta peronda polis dan melepaskan tembakan dua kali, lapor NHK.
Motif serangan belum diketahui.

Sumber : AFP/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.