Suspek diberkas kerana disyaki tikam 5 orang di Seattle
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP
SEATTLE: Seorang lelaki diberkas polis pada Jumaat (8 Nov) di pusat bandar Seattle kerana disyaki menikam lima orang.
Suspek dipercayai merupakan dalang yang sama yang bertanggungjawab atas lima insiden tikaman lain di kawasan sama di Chinatown itu, sejak Khamis pagi lalu.
Menurut Timbalan Ketua Polis wilayah itu, Eric Barden, suspek yang belum dikenal pasti identitinya, sepertinya menyasarkan mangsa secara rambang.
Ini memandangkan hanya salah seorang daripada mangsa dicuri telefon bimbitnya.
Dalam setiap insiden tikaman yang didalangi suspek terbabit, terdapat seorang mangsa, dan sembilan daripada 10 sasaran itu adalah lelaki.
Kecederaan yang dialami mangsa, termasuk luka tikaman yang serius.
Empat mangsa insiden tikaman, yang berlaku pada Jumaat, telahpun dikejarkan ke hospital.
"Ini adalah tragedi yang mengerikan, peristiwa korban jiwa besar-besaran," kata Encik Barden.
Pegawai yang memberkas lelaki itu menemui senjata berhampiran suspek terbabit, dan sebilah pisau yang dibiarkan menusuk tubuh salah seorang mangsa.
Beberapa mangsa mampu mengenal pasti suspek itu secara visual sejurus selepas penahanannya, kata Encik Barden.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.