Skip to main content

Dunia

Suspek culik kanak-kanak perempuan di Iskandar Puteri direman sekali lagi

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek culik kanak-kanak perempuan di Iskandar Puteri direman sekali lagi

Seorang suspek lelaki yang disyaki menculik Albertine Leo Jia Hui. (Gambar: BERNAMA/Gambar fail)

Diterbitkan : 05 Aug 2024 04:59PM
JOHOR BAHRU: Lelaki yang disyaki menculik kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, direman sekali lagi hari ini (5 Ogos) bagi membantu siasatan kes memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan bahan lucah.

Majistret Azureen Sahira Sauffe Afandi membenarkan reman selama enam hari terhadap lelaki berusia 31 tahun itu di Mahkamah Majistret Kulai.

Tempoh reman tersebut bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, suspek ditahan reman selama 13 hari bermula 23 Julai lalu sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Johor CP M Kumar dilaporkan berkata suspek kemudian ditahan semula semalam susulan penemuan pelbagai alat permainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediamannya di Kulai.

Albertine Leo disedari hilang oleh bapanya pada 8.30 malam pada 20 Julai, di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri sebelum kanak-kanak itu ditemukan selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 4.45 pagi, 23 Julai lalu.

Polis menahan seorang lelaki yang dijumpai bersama mangsa bagi membantu siasatan.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita