Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suspek bunuh Shinzo Abe uji senjata sebelum lancarkan serangan

Suspek pembunuh Shinzo Abe menguji senjatanya sebelum dia menembak mati mantan perdana menteri Jepun itu, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
ANKARA: Suspek pembunuh Shinzo Abe menguji senjatanya sebelum dia menembak mati mantan perdana menteri Jepun itu, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan.

Penyerang dikenali sebagai Tetsuya Yamagami, 41 tahun, berkata dia telahpun menguji senjata api buatan sendiri di sebuah kemudahan sebagai persediaan sebelum melancarkan serangan itu, menurut media tempatan NHK pada Ahad (10 Jul).

Seorang detektif yang menyiasat insiden serangan itu berkata Yamagami pada mulanya bercadang untuk menyerang ketua kumpulan keagamaan tertentu tetapi akhirnya menukar fikiran dan menyasarkan Encik Abe.

Encik Abe ditembak pada Jumaat ketika sedang berkempen untuk pilihan raya di bandar Nara dan meninggal dunia tidak lama kemudian akibat kecederaan yang dialaminya.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan