Skip to main content

Dunia

Suspek bunuh diri dalam dua letupan di timur laut China

Suspek yang menyebabkan dua letupan di bangunan pencakar langit di timur laut China pada Jumaat (25 Jan) membunuh diri dengan menyalakan bahan letupan, menurut pihak berkuasa pada Sabtu (26 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Suspek bunuh diri dalam dua letupan di timur laut China

Seorang terbunuh dan seorang lagi cedera akibat letupan-letupan itu. (Gambar: Petikan gambar daripada video Twitter/Henry Yin Hang)

Diterbitkan : 26 Jan 2019 11:09PM Dikemas Kini : 26 Jan 2019 11:12PM

BEIJING: Suspek yang menyebabkan dua letupan di bangunan pencakar langit di timur laut China pada Jumaat (25 Jan) membunuh diri dengan menyalakan bahan letupan, menurut pihak berkuasa pada Sabtu (26 Jan).

Para pegawai berkata pada Jumaat bahawa seorang terbunuh dan seorang lagi cedera akibat letupan-letupan itu.

Suspek, yang dikenal pasti sebagai Guo, sebelum itu membunuh seorang lelaki yang terbabit dalam satu pertikaian ekonomi dengannya di bandar Songyuan, sebelum dia memandu ke bandar Changchun di mana dia menyewa sebuah flat. Demikian menurut biro keselamatan daerah Chaoyang dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial.

Menurut polis, Guo meletupkan keretanya di sebuah garaj bawah tanah di Plaza Wanda di Changchun.

Setelah itu, Guo "menyalakan bahan letupan yang dikawal sendiri" di flatnya di tingkat ke-30 yang menyebabkan kematiannya, menurut polis lagi.

Orang ramai diarahkan mengosongkan bangunan-bangunan di sekeliling bangunan Plaza Wanda pada Jumaat dan video di media sosial menunjukkan orang ramai lari bertempiaran di jalan raya yang sesak bersebelahan bangunan tersebut.

Guo, 56 tahun, menghidap barah dan "amat pesimistik", menurut pihak polis, sambil menambah bahawa siasatan masih lagi diteruskan.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita