Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan larang Imran Khan jadi ahli politik

Encik Imran Khan. (Gambar: AFP)
ISLAMABAD: Suruhanjaya Pilihan Raya mendapati mantan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan bersalah atas "amalan rasuah" dan dilarang daripada dilantik sebagai ahli parlimen Pakistan.
Demikian menurut lapor Al Jazeera.
Parti Encik Khan bagaimanapun menolak keputusan tersebut. Parti itu menyatakan ia akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Islamabad untuk mencabar keputusan tersebut serta menyeru para penyokong supaya membanjiri jalan raya.
Kes tersebut tertumpu kepada satu jabatan pemerintah yang dikenali sebagai "Toshakhana", di mana pada zaman pemerintahan Mughal ia dikenali sebagai "rumah harta" yang digunakan oleh putera-putera benua kecil untuk menyimpan dan mempamerkan hadiah yang diberikan kepada mereka.
Para pegawai pemerintah mesti mengisyitiharkan setiap hadiah yang diberikan kepada mereka, namun dibenarkan menyimpan hadiah di bawah nilai yang ditetapkan.
Hadiah yang lebih mahal harus diberikan kepada Toshakhana, namun dalam beberapa kes, pemilik hadiah tersebut boleh membeli balik hadiah itu pada separuh harga - diskaun tersebut dinaikkan Encik Khan dari 20 peratus ketika beliau berkuasa.
Selama beberapa bulan, akhbar Pakistan melaporkan berita-berita mengejutkan menuduh Encik Khan dan isterinya menerima hadiah-hadiah mahal bernilai jutaan dolar ketika bertugas di luar negara.
Barangan termasuk jam tangan mewah, barang kemas, beg berjenama dan minyak wangi.
Encik Khan berkata barangan tersebut diterima melalui cara yang sah.
Encik Khan dituduh tidak mengisytiharkan sejumlah barangan atau jumlah keuntungan yang diraih daripada penjualan barangan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.