Suruhanjaya Perdebatan Presiden AS akan laksana peraturan baru bagi bahas terakhir
Suruhanjaya Perdebatan Presiden Amerika Syarikat akan melaksanakan peraturan baru semasa debat terakhir pada Jumaat ini.
(Gambar: Reuters)
WASHINGTON: Suruhanjaya Perdebatan Presiden Amerika Syarikat akan melaksanakan peraturan baru semasa debat terakhir pada Jumaat ini.
Ia menyusuli kritikan orang ramai terhadap cara perdebatan pertama antara Presiden Donald Trump dengan calon Democrat Joe Biden dikendalikan.
Perbahasan itu penuh dengan pertengkaran serta penghinaan antara kedua-dua calon.
Perdebatan minggu ini akan menggunakan ciri butang senyap.
Ini bagi mencegah perbuatan mengganggu ucapan seseorang calon sepert yang terjadi semasa perdebatan pertama.
Setiap mikrofon calon akan dimatikan semasa pesaingnya menyampaikan ucapan pembukaan selama dua minit setiap segmen agar tiada gangguan.
Mikrofon mereka akan dihidupkan semula semasa perdebatan.
Suruhanjaya itu berharap kedua-dua calon dapat menghormati masa yang diberikan kepada pesaingnya.
Pihak Presiden Trump pada awalnya membantah langkah mengadakan ciri butang senyap ini tetapi kemudian mengubah fikirannya.
Topik-topik perdebatan minggi ini termasuk usaha melawan COVID-19, perubahan iklim dan keselamatan negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.