Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Polis M'sia diminta siasat gambar fitnah PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta untuk menyiasat satu hantaran di Facebook yang memfitnah Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan menularkan sekeping gambar lama.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pemilik akaun Facebook Sam My itu didapati berniat jahat dan sengaja menimbulkan prasangka buruk terhadap Perdana Menteri, dengan menyiarkan gambar berkenaan sambil mengaitkannya bersama saranan kerajaan supaya rakyat mengamalkan sikap berjimat cermat.

“Pemfitnah ini telah menggunakan gambar lama (individu di kanan gambar Abd Rahman Yusof, kenalan saya telah lama meninggal dunia pada 8 Jun 2021) dalam fitnah ini.

“Saya telah mohon MCMC dan PDRM siasat segera,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Gambar yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Sam MY semalam memaparkan gambar Encik Anwar sedang makan bersama beberapa individu yang mendakwa rakyat disuruh makan Menu Rahmah sedangkan perdana menteri menikmati hidangan daging unta.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan