Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suruhanjaya Eropah luluskan versi terkini vaksin COVID-19 BioNTech-Pfizer

Anggaran Waktu Membaca:
BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah berkata badan itu sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Vaksin Comirnaty XBB.1.5 telah diubah buat kali ketiga untuk bertindak balas terhadap varian baharu COVID-19 dan dibenarkan untuk kegunaan orang dewasa, kanak-kanak dan bayi berusia 6 bulan ke atas, kata suruhanjaya itu dalam kenyataan media pada Jumaat (1 Sep).

"Saya mengalu-alukan kelulusan yang tepat pada masanya itu yang akan menyasarkan varian yang baharu muncul dan yang mudah merebak," kata Pesuruhjaya Kesihatan EU Stella Kyriakides.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) berkata dalam kemas kini terbarunya bahawa kes COVID-19 di EU semakin meningkat, tetapi kadar jangkitan kekal pada tahap yang rendah.

"COVID-19 akan beredar seiring dengan demam selesama bermusim semasa musim luruh dan musim sejuk yang akan datang dan kita perlu bersedia," kata Cik Kyriakides.

Suruhanjaya itu berkata kelulusan berkenaan membolehkan negara EU membuat persediaan yang lebih baik bagi kempen vaksinasi yang akan datang.

BioNTech yang berpangkalan di Jerman mendapat perhatian kerana membangunkan vaksin melawan COVID-19 berdasarkan teknologi mRNA. 

Sepanjang 2021, BioNTech dan rakan kongsi Pfizer membekalkan lebih 2.6 bilion dos vaksin dan angka itu menurun kepada sekitar dua bilion tahun lepas.
Sumber : Bernama/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan