Skip to main content

Dunia

Suruhanjaya Eropah kemuka pelbagai langkah lindungi pengguna online

Suruhanjaya Eropah mahu memudahkan pengguna membatalkan langganan online menerusi cadangan menyeluruh yang diumumkan pada Rabu (11 Nov), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Anggaran Waktu Membaca:
Suruhanjaya Eropah kemuka pelbagai langkah lindungi pengguna online

Kesatuan Eropah (EU) mencadangkan langkah baharu bagi memudahkan pembatalan langganan online dan melindungi pengguna daripada amalan perniagaan yang mengelirukan. (Gambar hiasan: Pexel)

Diterbitkan : 12 Nov 2026 08:02AM
European Commission puts forward various measures to protect online consumers
  • The European Commission announced its proposed Digital Fairness Act in Brussels on Nov 11 to strengthen protections for EU consumers; the year of the announcement was not specified.
  • Commissioner Michael McGrath said the package could save consumers up to €13.7 billion a year and address manipulation in subscriptions, online purchases and digital games.
  • The proposal would make cancelling a subscription as easy as signing up, ban messages that persuade consumers to stay and false claims about stock levels, and require ticket price ranges to be stated to address dynamic pricing.
  • EU member states and the European Parliament will scrutinise the package before approval, with agreement potentially taking anywhere from several months to several years.
Dijana oleh AI

BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah mahu memudahkan pengguna membatalkan langganan online menerusi cadangan menyeluruh yang diumumkan pada Rabu (11 Nov), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pakej perundangan komprehensif tersebut turut bertujuan memperkukuh hak pengguna berkaitan penjualan tiket, pembelian online dan permainan digital, selain membanteras taktik mengelirukan yang digunakan syarikat.

Pesuruhjaya Perlindungan Pengguna Kesatuan Eropah (EU) Michael McGrath, yang membentangkan Akta Keadilan Digital (DFA), menyifatkannya sebagai pembaharuan paling penting terhadap undang-undang perlindungan pengguna Eropah dalam tempoh lebih dua dekad.

"Kami menjangkakan semua langkah ini dapat menjimatkan sehingga €13.7 bilion (S$19.52 bilion) setahun kepada pengguna EU," kata beliau kepada pemberita.

Brussels mahu melindungi pengguna khususnya daripada manipulasi menerusi “dark patterns” iaitu elemen reka bentuk yang bertujuan mempengaruhi tingkah laku pengguna sehingga mereka secara tidak sengaja memilih pilihan yang menguntungkan penyedia perkhidmatan.

Menurut cadangan itu, syarikat tidak lagi dibenarkan menggunakan ayat seperti "kami berasa sedih melihat anda pergi" ketika para pengguna ingin membatalkan langganan.

Menurut suruhanjaya tersebut, proses pembatalan kontrak tidak sepatutnya jauh lebih rumit berbanding proses pendaftaran malah beberapa klik sahaja sepatutnya mencukupi.

Taktik mewujudkan tanggapan bahawa sesuatu produk hampir kehabisan stok secara palsu, seperti penggunaan frasa "Hanya tinggal dua unit dalam stok", turut dicadang untuk diharamkan.

Bagi pembelian tiket acara seperti konsert, jumlah tiket yang ditawarkan pada harga terendah dan tertinggi perlu dinyatakan bagi menangani amalan menaikkan harga secara melampau menerusi model penetapan harga dinamik.

Amalan tersebut merujuk kepada perubahan harga berdasarkan permintaan, masa pembelian atau tempat duduk yang masih tersedia.

Kesemua langkah itu kini akan diteliti oleh negara anggota EU dan parlimen Eropah sebelum boleh diluluskan sebagai undang-undang. 

Proses mencapai persetujuan terhadap pakej secara menyeluruh mungkin mengambil masa beberapa bulan bahkan beberapa tahun.

Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita